Apa khabar semua pembaca TCP! Sehat ke? Kali ini saya sebenarnya tak berapa ada idea nak post apa…Tapi sebabkan saya terlalu rajin ( sikit la)… dan saya tak nak post saya lapuk macam itu aja, sebab itu saya cuba rajin cari maklumat untuk dikongsikan kepada pembaca yang budiman! Kalau ada sebarang komen boleh la komen kat bawah atau kat sebelah ini… Saya harap kalau dah melawat blog saya ni rajin-rajinla sikit mengisi komen supaya saya boleh melawat kembali blog @ website korang semua! Kalau ada yang sudi yang follow tu… jangan lupa tinggalkan jejak @ link korang supaya senang la saya nak follow kembali! Panjang lebar dah ni, dah lari dari topik kita yang sebenarnya… Bukan apa saja nak ingatkan! (Bukan peminta sedekah..) Saya akan rajin melawat blog @ website korang!
Oklah! Cukup! Jom sambung balik topik kita yang sebenarnya… Ok! Mimpi… Semua orang ada mimpi, even saya pun ada mimpi… Apa yang korang mimpi? Mesti macam-macamkan? Ada yang mimpi perkara yang baik dan ada juga mimpi perkara yang buruk… Mimpi itu adalah perkara misteri dan menarik kita alami dalam kehidupan seharian kita.
Semasa zaman Rom beberapa tafsir mimpi telah dianalisis oleh Senat Rom sebagai tangapan mereka bahawa mimpi itu message daripada Tuhan. Mereka gunakan tafsir mimpi untuk membantu ketua tentera dalam pertempuran dan persatuan.
Ada orang suka tafsir mimpi, walaupun perkara itu kurafat bagi kita yang beragama Islam.. Kita boleh ketahui rahsia mimpi itu, tapi tak boleh percaya 100% sebab mimpi itu adalah mainan tidur kita. Kadang-kadang, ada sesetengahnya dapat mimpi yang sama dengan rakan kita yang lain dan ada yang gunakan mimpi itu sebagai sixth sense mereka ( betul ke ni?). Mimpi itu adalah rahsia Tuhan Yang Maha Esa! Hanya Dia saja Yang Maha Mengetahui segala isi di dalamnya.
Macam-macam tafsir mimpi yang agak meragukan dalam tangapan orang melayu, seperti~ kalau mimpi dipatuk ular – orang itu akan dapat pinangan daripada seseorang dan ada yang kata binatang berbisa ini symbol kejahatan… kalau mimpi berdiri di atas bangunan yang tinggi dan terjun jatuh ke bawah @ menyusukan bayi – orang itu akan mempunyai saka keturunan… (aLAMAK! Betul ke?) Hish! macam-macamla…tapi betul ke? Apa-apa jelah!
Daripada ketahui tafsiran mimpi yang tak berapa betul tu, mari kita ketahui fakta mengenai mimpi! Lagi best~
1. Korang akan lupa 90% daripada mimpi korang!
- Dalam masa 5 minit korang akan lupa separuh dari mimpi yang korang lalui iaitu 10% dari 90% mimpi korang.
2. Orang buta juga boleh dapat mimpi!
- Orang yang dilahirkan buta juga boleh nampak imej dalam mimpi meraka. Macam mana? Sebab orang yang dilahirkan buta tak boleh nampak imej (Yela…Dah tentu2 orang tu buta, tak kan boleh nampak pulak, apa da!) Tapi, mimpi itu sama dengan imej yang diorang tak boleh nampak! Hanya melalui deria yang lain seperti deria bunyi, bau, sentuh dan juga emosi diorang.
3. Macam yang saya cakap, semua orang dapat mimpi!
- Mesti ada yang tak mengaku yang korang ada dapat mimpi? Kalau korang rasa korang tak pernah dapat mimpi tu memang tak betul sebab, korang mesti dah lupa sama ada korang mimpi atau tidak? Ya kan? (Kecuali orang yang dapat tekanan psychology yang extreme!) Sebab apa saya cakap orang yang dapat tekanan psychology extreme ni tak boleh dapat mimpi? Sebab saluran minda mereka dah mati walaupun mereka masih hidup. (Kira macam mayat hidupla…)
4. Dalam mimpi kita, kita hanya nampak muka orang yang kita tahu.
- Minda kita tidak mencipta wajah seseorang- di dalam mimpi, kita nampak wajah yang sebenar daripada orang yang sebenar yang kita pernah jumpa dalam jangka hayat kita tapi, kita tak pernah kenal atau ingat. Kita dah jumpa beratus ribu wajah dalam seumur hidup jadi, kita mempunyai bekalan watak yang tidak berkesudahan dalam minda kita untuk digunakan dalam mimpi kita sendiri.
5. Tak semua orang dapat mimpi yang berwarna.
- Dalam purata 12% penglihatan orang yang bermimpi hanya berwarna hitam putih. Selebihnya, bilangan orang yang bermimpi dalam warna penuh. Kajian dari tahun 1915 hingga tahun 1950-an menegaskan bahawa majoriti mimpi adalah dalam warna hitam putih, tetapi keputusan itu mula berubah pada tahun 1960-an. Hari ini, 4.4% daripada mimpi seseorang bawah 25 tahun adalah berwarna hitam putih. Penyelidikan baru-baru ini telah mencadangkan bahawa keputusan itu berubah kerana dikaitkan dengan beralihnya daripada filem hitam putih dan T.V kepada media berwarna.
( Mimpiku jarang hitam putih…hehehe)
6. Mimpi itu simbolik!
- Kalau korang mimpi tentang sesuatu perkara, tak semestinya mimpi itu berulang berkaitan perkara tersebut. Mimpi ditafsir dengan makna yang dalam so, kalau korang mimpi tentang sesuatu perkara @ simbol yang mendalam tak semestinya serupa dengan maksud mimpi tersebut. ( so meaning bagi yang tak paham, apa yang kita mimpi itu hanyalah simbolik dan mungkin lain maksudnya!)
7. Emosi
- Emosi yang biasa dialami di dalam mimpi adalah kebimbangan. Sebab itu, kebanyakkan mimpi kita ada timbul kebimbangan @ ragu-ragu sama ada mimpi itu betul-betul akan berlaku atau sebaliknya. Emosi negatif adalah biasa dialami daripada emosi positif.
- Dalam purata, korang boleh mimpi kat mana-mana tempat dari 1 hingga ke 2 jam setiap malam. Sebab tulah, kadang-kadang kita mimpi tempat ni, lepas tu sekejap, tempat lain pulak.
9. Haiwan pun mimpi jugak!
- Kajian telah dibuat ke atas berbagai jenis haiwan dan ia menunjukkan gelombang minda seperti haiwan itu sedang mimpi di dalam tidur sama dengan gelombang minda manusia. Kalau dapat diperhatikan kucing @ anjing tidur, kita boleh lihat kaki mereka bergerak-gerak seakan sedang berlari dan kadang-kadang meraka membuat satu bunyi pelik jika sedang mengejar sesuatu dalam mimpi. (cuba tengok kucing korang tidur macam mana? Kaki kucing tu ada gerak-gerak tak?)
- Pergerakan mata yang laju @ Rapid eye movement (REM) adalah peringkat biasa dalam ciri-ciri semasa tidur. Pergerakan mata yang laju ketika tidur bagi manusia dewasa biasanya menduduki 20-25% dari jumlah tidur kita iaitu 90-120 minit tidur waktu malam.
Semasa tidur (REM) badan akan lumpuh disebabkan mekanisma yang berada di dalam minda kita untuk menghalang pergerakkan dalam mimpi berlaku kepada fizikal badan kita sewaktu kita sedang tidur. Walau bagaimana, Mekanisma itu akan tercetus sebelum, semasa, atau selepas tidur normal semasa minda sedang bangun.
Semasa tidur (REM) badan akan lumpuh disebabkan mekanisma yang berada di dalam minda kita untuk menghalang pergerakkan dalam mimpi berlaku kepada fizikal badan kita sewaktu kita sedang tidur. Walau bagaimana, Mekanisma itu akan tercetus sebelum, semasa, atau selepas tidur normal semasa minda sedang bangun.
Oklah... Sampai di sini saja yer... Saya nak pergi sambung tengok cerita Korea! Aja-Aja Fighting!














2 Pengkomen bebas!:
Walau agak susah memahami tapi akhirnya bisa juga selesai dibaca... kunjungan perdana... silahkan jika mau kunjung balik (pecinta traveler dan fotografi)
@Baktiar: Thx! Kerana sudi membaca post saya walaupun tak faham... saya hargainya..
Catat Ulasan
Have u read that? Then please comment to support me! Thx!^_^