Nampaknya dunia pun dah dekat kiamat.... Ramai artis sekarang dah mula buka mata dan terima hidayah daripada Allah S.W.T.....Alhamdulillah! Katanya mengapa dia berubah secara tiba-tiba ini adalah sebab dia mendapat mimpi buruk tentang hari kiamat!
Kata Diana, dia bertekad dengan keputusan tersebut biarpun mengakui dirinya masih terlalu cetek dengan ilmu agama.
"Saya ambil keputusan ini kerana saya sudah beberapa kali sejak tiga bulan yang lalu diberi petanda dan mimpi buruk tentang hari kiamat.
"Dan mimpi-mimpi tersebut juga mengingatkan saya tentang kematian yang semakin hampir dan perkara itu sering membelenggu hidup saya beberapa bulan kebelakangan ini," katanya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Khamis.
Tambahnya, dia menceritakan perkara tersebut kepada seorang rakan baik sehingga menyebabkan temannya itu turut mengambil keputusan yang sama untuk berhijrah dan mendalami ilmu agama.
"Saya tak tahu kenapa perkara itu berlaku kepada saya, mungkin Allah ingin memberi petunjuk dan saya menceritakan semuanya kepada seorang rakan. Namun selepas itu rakan saya yang berhijrah lebih awal daripada saya," katanya yang mula mengenakan tudung pada Isnin lalu.
Baguslah dah ramai yang berubah, moga-moga perubahan ini berkekalan sehingga ke akhirnya. Amin!
Rujukan: http://www.malaysiandigest.com/







1 Pengkomen bebas!:
bgusla rmai yg dh sedar! keep it up!bgusla rmai yg dh sedar! keep it up!
Catat Ulasan
Have u read that? Then please comment to support me! Thx!^_^