My Post!

20 Jun 2010

Bintang Korea Paling Popular: Rain Dah Bertunang??

Rain Bi
Kali ni saya nak buat entry pasal pelakon korea, sebab saya ni pun peminat cerita korea. Korang kenal siapa lelaki kacak kat atas ni tak? ( yang perempuan mesti dah cair tengok dia, ye tak?) Korang yang memang peminat setia cerita korea ataupun yang hanya meminati pelakonnya pasti kenal siapa Rain, kan? Dia ni memang terkenal dengan cerita korea paling popular iaitu Full House! Dengar cerita yang dia ni dah
bertunang? Betul ke? Satu berita yang mengatakan dia terkejut apabila dilanda gosip bahawa dirinya sudah bertunang dengan aktres sensasi Jeon Ji Hyun! Nak tahu siapa dia?
 Jeon Ji Hyun
Inilah dia orangnya, cute jer! ( Hai...ye ker dah tunang? Rain kan popular, mesti tak nak kahwin, nanti populariti dia turun ler...)

 Semuanya gara-gara cincin jenama Cartier yang sama dipakai di jari manis pasangan tersebut.
Kita dengar apa kata Rain mengenainya, " Itu bukan cincin bertunanglah! Ia cincin keluarga. Bapa dan adik saya juga turut memakai cincin yang sama. Perlu diingatkan cincin itu bukan tanda saya ialah tunang kepada Ji Hyun," katanya.( Oh... ye ker? Ke saja nak sorok, takut popular Rain jatuh dek kerana bertunang? Nanti kuranglah orang minat kat dia sebab dah berpunya...^-^)

Rain juga turut menafikan dakwaan bahawa dia sengaja membeli sebuah apartment berdekatan dengan rumah Ji Hyun semata-mata kerana tidak mahu berjauhan dengan teman wanitanya. (Huhu... Romantisnya...!)

p/s: Apa-apa pun Rain memang cute! Suka gila dengan cerita Full House yang dia lakonkan, mungkin dia pun nak buat Full House versi real tapi sorok-sorok...huhuhu...

1 Pengkomen bebas!:

Nurin Norman berkata...

AIGOO ~
Aniioooo ! Can't believe it :(

Catat Ulasan

Have u read that? Then please comment to support me! Thx!^_^ I Love ur comment! <3

Related Posts with Thumbnails

Oh!Belog

Nuff

Design downloaded from Free Blogger Templates | Free Website Templates.